Sabaq sat naa..sikit saja lagi

Image

Ramai orang yang berangan-angan untuk menjadi penghuni syurga, ramai orang yang menginginkan syurga sebagai tujuan akhirnya. Namun, ramai juga orang  yang tidak sedar bahawa mereka telah gagal untuk ke syurga.

Ramai orang yang bermimpi untuk menjadi ahli syurga, ramai orang yang ingin mendapatkan syurga, tetapi ramai juga orang yang ternyata tidak berhasil untuk ke syurga.

Mengapa mereka gagal ke syurga? Mereka gagal dalam menghadapi ujian dari Allah. Mereka terlalu cepat menyerah dan berputus asa. Mereka melarikan diri dari kenyataan bahwa ujian itu pasti datang kepada siapa saja yang beriman. Orang-orang yang beriman itu sudah pasti menerima ujian sebagai tanda bukti akan keimanannya pada Allah. Bagaimana mampu seseorang disebut sebagai orang yang beriman jika dirinya tidak ikhlas dan sabar atas ujian yang ditimpakan oleh Allah padanya?

kita hanya connected to the world (via Facebook) tetapi unconnected in real world

Manusia, atas kelemahan sifatnya sebagai HAMBA, selalu menyoal bilakah Islam akan menang. Cliche-nya, di musim pilihanraya, selalu terlihat kata-kata seperti “melambatkan kemenangan Islam” sedangkan akhlaknya tidak relevan untuk ditafsirkan sebagai Islam. Adakah cukup kesabaran kita dalam berdakwah kepada Allah swt? Sudahkah kita laksanakan yang terbaik untuk mengajak jiwa-jiwa yang ikhlas ini memahami seruan kita? atau kita hanya connected to the world di Facebook tetapi unconnected in real world.

Ketika perang Al-Ahzab (Khandak), Rasulullah  صلى الله عليه وسلم dan para mukmin menghadapi cubaan hebat, dikepung dan diserang oleh kaum kafir Quraisy sehingga ada sahabat yang bertanya “Bilakah datang pertolongan Allah?” dek kerana penat dan lelah diuji.

Tetapi yakinlah wahai jiwa-jiwa yang ikhlas, baik di gerakan Islam mana kita berada.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). Q.S. al-Baqarah: 214

Hadapilah – Shoutul Harakah

image

Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk 2010

Hadapilah segala tantangan
Sambutlah harimu dengan suka cita
Hadapilah segala ujian
Dalam kesulitan pasti ada kemudahan

Walau hujan badai kan terus melanda
Walau amuk gelombang tak henti menerjang
Walau terang mencegah, walau mentari kan membakar
Jangan letih menapaki kehidupan

Ujian bagaikan terik sinar sang suria
Hadir kedunia bersama berjuta karunia
Janganlah bertekuk lutut dalam pelukan putus asa
Janganlah bersimpuh dihadapan duka

Hadapilah segala tantangan
Sambutlah harimu dengan suka cita
Hadapilah segala ujian
Dalam kesulitan pasti ada kemudahan

Utamakan yang utama

20130424-124205.jpg

credit to Haaziq Yusof

Abu Jandal terlepas lagi peluang bersama kaum muslimin “Hai Muhammad, dia ini adalah orang pertama yang harus engkau kembalikan kepada kami”, jerit Suhail bin Amr ketika melihat anak keduanya, Abu Jandal di kem muslimin di Hudaibiyah. “Apakah aku akan dikembalikan kepada kaum musyrik, sedangkan aku telah datang kepada kamu sebagai muslim? Apakah kamu tidak melihat apa yang kuderita?” Abu Jandal diheret ke Mekah oleh ayahnya dalam keadaan tangannya masih dirantai.

Abangnya Abdullah bin Suhail hanya mampu mengeluh kecil “Kasihan adikku. Dia sentiasa terlepas peluang terbaik kerana ketakutan dalam dirinya”

Dua kali Abu Jandal terlepas peluang merebut pahala golongan awal As-sabiqun Awwalun. Dia terlambat memeluk islam berbanding abangnya dan kalah kali kedua ketika abangnya lari dari tahanan ayahnya dan berjaya menjadi Ahli Badar yang pasti dijanjikan syurga.

“Apa yang abang menungkan tu? Jauh nampak” teguran isteri menamatkan lamunan.

“Abang rasa rugi tak dapat bersama ikhwah di Malaysia pada hari ni. Banyak sangat yang terlepas. Ni haa. Paknab dan Napi pun livefeed”

“Lately terasa nak balik Malaysia hujung tahun ni. Nak rasa tarbiyah real di tanahair”

“InsyaAllah sampai masa kita balik. Laksana betul-betul tarbiyah disini. Tahun depan, kita balik ye!” pesan isteri sambil mengingatkan keutamaan satu-satu amal pada waktu dan ketikanya.

Ding dong!! Loceng rumah berbunyi.
“Haa tu ahli usrah dah sampai. Pergilah sambut diorang. Usaha yang terbaik, insyaAllah!”

Dalam hati, terlintas akan penutup hidup bagi Abdullah dan Abu Jandal bin Suhail bin Amr, kedua-duanya memperolehi syahid. Seorang di Yamamah dan seorang di Urdun. “Moga aku juga dikurniakan ganjaran yang baik seperti itu, amin”.

Hai si anak.

image

Sepertimana mereka bertungkus lumus memberikan kehidupan yang mulia pada usia kecilmu.

Bantulah kedua mereka untuk memberi kebahagiaan hidup di usia tua mereka

Pesan buat abang, kakak, adik-adik.

25 years old. Great!

“Pengorbanan ibubapa, kegembiraan buat si anak. Kegembiraan ibubapa, terkorbanlah si anak. “

Jazakallahu khair kepada ahli keluarga, keluarga mertua, rakan-rakan yang mendoakan kesejahteraan saya sempena hari lahir semalam.

Saya kira 2 insan yang paling banyak mendoakan dan mendidik saya ialah UmmiAbu yang 25 tahun lepas di Liverpool bergelut dengan kakak-kakak 3 orang yg memerlukan tumpuan dan juga Abu sedang bertungkus lumus menyiapkan research dan thesis Masters. Saya fikir itu satu cabaran yang sangat besar. Kemudian, membesarkan 4 orang anak ketika itu dengan hanya biasiswa Master sebagai sumber kewangan, itu juga pasti satu pengorbanan besar yang ditanggung keduanya.

Saya pernah dengar satu pepatah inggeris “Pengorbanan ibubapa, kegembiraan buat si anak. Kegembiraan ibubapa, terkorbanlah si anak”. Saya memperakui kebenaran pepatah.

Awal tahun 90-an, Abu bekerja sebagai pensyarah di Politeknik tetapi ketika awal kariernya, kereta sekadar means of tranportation, telefon sekadar untuk perhubungan, TV di rumah comel bersaiz 14 inci cukup untuk tengok berita dan sedikit rancangan2 TV yang lain, baju kerja pula berganti selepas beberapa lama.Itu pun bukannya 4-5 helai baju baru. Mungkin kurang. Rumah kecil comel di Taman Cahaya Jitra sekadar memisahkan tempat tidur lelaki perempuan. Ummi pula duit belanja yang Abu bagi saya tahu Ummi habiskan untuk anak-anak. Dan pengorbanan paling besar ialah menjadi surirumah sepenuh masa untuk mendidik anak sepenuh masa juga. Mungkin mereka lebih layak mendapat lebih dari itu, tapi kerana mahu membesarkan anak-anak dengan pendidikan terbaik, UmmiAbu korbankan keselesaan mereka.

Tinggi rendahnya langit kerana kuasaNya, tinggi rendahnya manusia kerana jasa ibubapanya. Hargailah ibubapamu tidak kira siapa mereka, dan bagaimana mereka mendidikmu. Terima kasih dan doaku pada UmmiAbu semoga terus sihat sejahtera supaya kini masa untuk anak-anak pula berbakti pada mu, supaya UmmiAbu boleh tumpukan pada amal akhirat.

25 tahun lepas UmmiAbu berdebar menunggu kelahiran saya. Itupun tak mahu-mahu juga keluar dari kandungan. Kini, saya dan isteri pula berdebar-debar. Tapi macam saya je debar lebih. Isteri nampak tenang je~

Selamat hari lahir juga pada yang berkongsi tarikh lahir Abdul Rafiq Mat Diah Alan Chew Mohd Ghaddafi dll.

Last but not least, YNWA !

Ammar M

Tren ke Bupyeong