Dua beradik

427751_2661175420604_1686156222_n

Samyang Sheep Ranch, Gangwon-do

Pada suatu zaman, ada dua orang beradik yang tinggal di sebuah ladang. Ladang itu merupakan tinggalan kedua ibubapa mereka yang meninggal ketika mereka masih kecil. Ramli, si abang, berkahwin dahulu dan kemudian dikurniakan 2 orang anak sementara Ramsey, si adik masih lagi hidup berseorangan. Kedua mereka hidup dengan bersederhana dan mengusahakan bersungguh-sungguh ladang yang ditinggalkan ibubapa mereka. Setiap kali musim menuai, mereka akan menuai hasil dan membahagikan samarata di antara mereka.

Sehinggalah di suatu hari yang panas terik, Ramsey yang sedang bekerja gigih, berhenti mencangkul. “Aku rasa tak adil kalau hasil ladang dibahagikan samarata. Aku hidup seorang dan keperluanku lebih sedikit. Sedangkan abangku sudah berkeluarga besar. Keperluan dia juga lebih besar” Ramsey terfikir sejenak mengenangkan abangnya yang sama susah-payah sepertinya. Mulai dari malam itu, selesai sahaja pekerjaan di ladang, Ramsey akan membawa seguni bijirin ke bangsal Ramli dan meletakkannya disitu senyap-senyap tanpa diketahui Ramli.

Dalam masa yang sama juga, Ramli kasihan melihat adiknya gigih bekerja, berhenti mencangkul dan berfikir “Aku rasa tak adil kalau hasil ladang dibahagikan samarata. Aku sudah berkeluarga dan ada isteri yang melihat makan pakaiku. Adikku belum ada sesiapa dan barangkali dia bekerja untuk mengumpul duit kahwin. Dia patut mendapat bahagian yang lebih besar supaya lekas-lekas dia berkahwin”. Mulai dari malam itu, seperti adiknya, selesai sahaja pekerjaan di ladang, Ramli akan membawa seguni bijirin ke bangsal Ramsey dan meletakkannya disitu senyap-senyap tanpa diketahui Ramsey. (ayat copy paste.. hehe)

Perkara ini berterusan selama setahun dan kedua-duanya keliru kerana guni bijiran mereka tidak pernah berkurang dari yang dijangkakan.

Pada satu malam, ketika kedua-duanya sedang dalam perjalanan membawa guni bijirin ke bangsal masing-masing, mereka bertembung di pertengahan jalan dan mengetahui apa yang terjadi selama setahun ini! Kedua-dua mereka ketawa terbahak-bahak mengenangkan kejadian ini.

“Setinggi-tinggi ukhwah adalah ithar (melebihkan saudaranya) dan serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada” -Imam Hassan Al-Banna

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: