Kita orang dewasa

image

Balqis sudah pandai memusingkan badannya. Jika malam ni dia tidur lurus, esok pagi sudah pusing 45 darjah dari kedudukan asal.

Suatu petang sambil menjamah biskut cicah teh panas, sahabat saya memulakan perbualan.

“Cepat ye Balqis membesar. Rasanya 3 minggu lepas masa dia baru lahir, ana dukung rasa kecil je. Muka dia pun nampak blur saja. Kali ni nampak dah respon dengan cakap-cakap kita”

“Haha baby macam tu la. Sat ja dia membesar.  Mula-mula mata nampak apa yang dekat sejengkal je, lama-lama eyesight dia makin membesar”

Kami diam sebentar sambil menghirup teh panas.

“Bila tengok bayi ni, patut makin dekat kita dengan Allah dan sebagai orang dewasa, kita patut rasa malu dengan diri sendiri” saya menyambung semula perbualan.

“Kenapa? Dari tiada apa-apa kepada jadi satu makhluk yang kompleks macam ni?”

“Ya betul. Cuba tengok Balqis. Dari lahir-lahir hanya tahu menangis saja, Allah kembangkan minda dia untuk menyerap segala benda di sekeliling. Dia boleh mendengar, melihat. Sikit hari lagi boleh capai barang, belajar berjalan, bercakap”.

“Maksud nta dia berkembang fizikal dan intelek?”

“Yes! Tu word yang ana dok caghi” sekali-sekala terkeluar juga bahasa Kedah.

“Kalau tengok bayi, dia berkembang dari segi fizikal dan intelektual, jadi apa yang bezakan kita yang dewasa dengan bayi? Kenapa kita dinamakan ‘dewasa’?

Dah la sampai umur 20an kita berhenti membesar. Kalau setakat membesar badan dpaat pangkat PJK tak aci la hehehe”

“PJK?”

“Perut Jauh Ke depan!” kami pecah ketawa.

“Bayi berkembang fizikal dan intelek dari pengamatan dia pada sekeliling. Orang dewasa pula patut berkembang intelek dan iman dari ilmu dan amalan dia. Kalau tak, apa beza kita dengan Balqis yang terkebil-kebil tu?”

Saya mendukung Balqis, mendekatkan telinganya ke mulut saya dan bacakan ayat quran yang selalu saya baca sejak dalam kandungan lagi.

image

وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Dan Allah keluarkan engkau dari perut ibumu dalam keadaan engkau tidak mengetahui apa-apa lalu diciptakan pendengaran, penglihatan, dan akal fikiran supaya engkau menjadi hamba yang bersyukur” (An-Nahl : 78)

Nota kaki: InsyaAllah selagi terdaya, akan dipastikan anak ini mendapat didikan tauhid sebaiknya.