Reading #1: Azerbaijan yang dilupakan

image

Pembakaran teks-teks agama dibawah arahan pemerintah boneka Soviet

“In Azerbaijan, when a modified Latin alphabet was adopted, books published in Arabic script were burned, especially in the late 1920s and 1930s. The texts were not limited to the Quran; medical and historical manuscripts were also destroyed”

Kepada yang rajin membaca sejarah, pasti akan terjumpa peristiwa yang dinamakan ‘Book Burning’. Azerbaijan antara negara yang tercatat dalam sejarah pembakaran teks-teks berkaitan agama dan bahasa arab secara besar-besaran selepas negara ini memasuki era Soviet Union.

Azerbaijan terjajah beratus tahun lamanya di bawah kuasa Rusia dan Soviet Union; peristiwa yang membawa kepada pencairan jatidiri umat Islam di Azerbaijan. tak dapat tulis banyak dalam ruang yang terhad ini namun berikut adalah fakta yang mempengaruhi jatuh bangun Islam di sana.

1806:
Azerbaijan antara negara yang dijajah oleh Tsar (raja Rusia) dalam kempen ‘Ruso Turkish War’. Ketika ini, Azerbaijan mempunyai hubungan rapat dengan kerajan Turki Uthmaniah.

1817-1864:
Imam Shamil, tokoh pejuang di Laut Kaspia ketika itu mengetuai usaha pembebasan tanah umat Islam dari genggaman Tsar Rusia dalam kempen ‘Caucasian War’. Imam Shamil mahir bahasa arab, ilmu logik, dan menghafal banyak Al-Quran dan Hadith antara tokoh pejuang umat Islam yang disanjung sekitar Asia Tengah.

1918:
Merdeka selama 2 tahun dari Rusia namun dimasukkan ke dalam penjajahan bentuk baru, Soviet Union pada tahun
1920.

1924:
Khalifah Turki Uthmaniah dihapuskan. Perlembagaan Azerbaijan digubal dan menetapkan Azerbaijan ialah negara sekular seperti negara Turki.

1991:
Merdeka apabila Soviet Union dibubarkan.

image

Black January peristiwa umat Islam disembelih beramai-ramai

Beberapa fakta terkait

i. terdapat 2000 buah masjid sebelum tahun 1920an, namun hanya terdapat 11 buah masjid di seluruh Azerbaijan pada tahun 1980an.
ii. Syiah hanya 8% di Azerbaijan (orang dalam) dan dari Iran menjadi dalang disebalik penjajahan Tsar ke atas Azerbaijan.
iii. Syiah menjadi populasi majoriti selepas penjajahan Rusia. Namun, berlaku kebangkitan umat sekitar 1900an untuk membebaskan tanahair Islam yang dijajah. Hari ini 85% penduduk beragama Syiah.
iv. Syariat Islam tidak dilaksanakan dengan baik selepas penjajahan Soviet; meminum arak di khalayak dibenarkan dan percampuran lelaki wanita sangat digalakkan.

Tanahair Islam lain sekitar 1900an

Tanahair Islam di sebelah Timur Tengah banyak dijajah oleh British (Mesir), Perancis (Libya). Manakala, di Asia Tengah dan Caucasus diserang oleh Rusia.

Tanah Melayu dan sekitarnya? Negara kita sedang dibahagikan dengan sistem “pecah dan perintah” oleh British, Belanda dan Sepanyol. Tanah Melayu sedang dibahagikan kepada Negeri Bersekutu dan Negeri Tak Bersekutu.

Advertisements

Usah ditunggu hingga malam

Bersempena dengan Muharram ini, terpanggil saya untuk menulis tentang keutamaan melakukan amalan pada waktunya. Adapun saya tidak bercadang untuk mengupas tentang kelebihan puasa Asyura dan hukumnya sekian-sekian.

Ketika Saidina Abu Bakar hampir wafat, beliau meninggalkan pesan kepada pewarisnya Umar:

Ketahuilah bahawa ada amalan untuk Allah di masa siang yang Dia tidak menerima amalan itu di waktu malam. Dan ada amalan di waktu malam yang Dia tidak terima amalan itu di waktu siang

Seorang Muslim yang berjaya akan melakukan amal ibadatnya dengan mengambil kira tentang waktu. Malah, satu-satu amalan yang dilakukan itu biarlah dilakukan di waktu yang munasabah. Oleh sebab itu, Allah taala telah meletakkan waktu-waktu tertentu untuk beramal. Selain dari waktu tersebut, samada sebelum atau selepasnya, maka dikira tidak diterima oleh Allah Taala.

Solat yang dilakukan luar dari waktunya atas kelalaian dan berlengah-lengah, maka tidak diterima oleh Allah.

(إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ كِتَـٰبً۬ا مَّوۡقُوتً۬ا (١٠٣….

…Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya (Surah An-Nisa` : 103)

Begitu juga puasa bulan Ramadhan. Sengaja berniat tidak berpuasa penuh dan mahu menggantikannya di luar bulan Ramadhan maka tidak diterima oleh Allah taala.

(فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ  (١٨٥

….Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu (Surah Al-Baqarah : 185)

Dari garis panduan asas di atas, maka setiap orang Islam sewajarnya berlumba-lumba mencari kebaikan. Memilih masa yang terbaik untuk melakukan amal ibadat adalah satu usaha yang sangat digalakkan dalam Islam. Sebagai contoh, kita berpuasa pada hari Isnin dan pada hari itu juga kita didatangi oleh tetamu terutama yang jarang-jarang datang ke rumah. Jadi, untuk meraikan tetamu tersebut, Rasulullah menasihatkan kita untuk berhenti dari puasa sunat tersebut dan makan bersama tetamu seolah kita tidak berpuasa untuk mengelakkan tetamu dari berasa kekok makan mee goreng berseorangan.

Dalam seminggu pula, hari Jumaat adalah hari yang paling baik. Disunatkan kita dengan amalan tertentu dan difardhukan pula kepada kaum lelaki untuk bersolat Jumaat beramai-ramai bagi meraikan penghulu hari. Ada hadith yang meriwayatkan ada suatu waktu sepanjang hari Jumaat yang mustajab doanya jadi setiap orang Islam yang berdoa di dalam waktu tersebut akan dimakbulkan doanya.

Dalam setahun pula, antara hari yang terbaik untuk berpuasa ialah pada 9 hingga 11 Muharram. Bagi siapa yang berpuasa bersungguh-sungguh pada 10 Muharram, maka Allah telah janjikan pengampunan dosa-dosa kecilnya pada tahun lalu. Jadi, sebenarnya contoh yang saya tuliskan di atas adalah bagi menunjukkan keutamaan untuk beramal pada satu-satu waktu.

image

Sama juga aplikasinya dalam kehidupan harian. Bagi yang aktif dengan usrah, selarikan jadual belajar dan aktiviti tarbiyah yang lain kerana walaupun kejayaan akademik bukanlah segala-galanya tetapi Muslim hebat sangat dituntut menjaga kecemerlangan pekerjaannya. Program-program seperti daurah, perkhemahan, qiamullail harus diisi dalam jadual untuk dipenuhi keperluan tarbiyah.

Ketika pertengahan semester, menyiapkan tugasan projek yang banyak adalah prioriti. Jadi, selesaikan tugasan sebelum pergi ke satu-satu urusan ‘harus’ yang lain.

Masuk minggu peperiksaan pula, mengulangkaji pelajaran pula adalah kemestian dan lebih penting berbanding marathon drama atau movie.

Manakala, apabila situasi berjanji dengan orang walaupun penat ataupun sejuk, maka menjadi kemestian untuk kita tunaikan janji tersebut.

Bagaimana kalau ada rakan yang terlantar sakit di hospital dan minggu peperiksaan yang hectic? Susun jadual harian dengan sebaiknya supaya hak peperiksaan dan hak rakan yang sakit (hak seorang Muslim) dapat diselesaikan dengan baik.

Hakikatnya, seorang Muslim yang mahu sepanjang hidupnya diberkati Allah sewajarnya dia berusaha mengatur keutamaan jadual hidupnya sebagaimana yang telah disebutkan di atas. Orang yang tidak tahu menghargai peluang yang Allah bagi kepadanya, dia akan menyesal di akhirat nanti setelah tahu begitu bernilai masa jika dia beramal dengan amalan yang baik ketika itu. Seperti disebut dalam Al-Quran, manusia akan menyesal ketika di akhirat kerana sedikitnya amalan yang dilakukan sedangkan peluang yang ada sangatlah luas. Manusia akan berkata “Ya Tuhanku! Lanjutkanlah sedikit usiaku, supaya dapat aku bersedekah dan menjadi orang yang soleh” walaupun dia tahu ketika itu sudah terlambat.

Wallahualam

Impian masa depan

image

Kata orang, bercinta biar sampai ke syurga.

Kata kami, kenalah hidup bersama seperti ahli syurga.

Melihat akan gambar di atas, saya dan isteri sebenarnya menyimpan cita-cita untuk dicapai :

1) Tunaikan haji sebelum umur 35 tahun dan tunaikan umrah selepas BFG dari Korea.

2) Isteri ambil 2nd degree dalam bidang Psikologi Kanak-Kanak di Australia @ New Zealand.

3) Saya sambung Master dalam CFD. menghala ke Aerodynamics.

4) Sama-sama sambung pengajian Syariah di samping belajar bahasa Arab di Mesir @ Jordan.

5) Menulis buku hasil pengalaman 5 tahun rumahtangga sekitar pembentukan keluarga, suami isteri dan anak-anak (in future, insyaAllah)

6) Saya berhenti dari bidang Engineering dan kami buka tadika, dengan beberapa konsep diambil dari tadika Korea.

7) Backpacking travel bersama ke satu tempat dan tinggalkan anak-anak untuk dijaga oleh nenek mereka.

8) Projek ternak itik bersama adik ipar. Ini sebab kurang ternakan itik dibuat oleh orang Melayu.

Tengok lah mana yang sampai dahulu. Cuma yang kami sedar setakat ini, setiap perancangan yang sudah dibuat, pasti situasi tarbiyah keluarga dan setempat diambil perhatian. Mana boleh suka-suka ke sana-sini bila kita hidup dalam jemaah, kan?!

Memetik kata-kata sahabat saya:

Kata orang, bercinta biar sampai ke syurga.

Kata kami, kenalah hidup bersama seperti ahli syurga.

Saya rasa manusia ada ‘bau’

image

Perangai Balqis yang saya perasan ialah dia sangat senang dengan
1. akhawat/makcik2 dia
2. kanak-kanak especially yang sedang bermain.

yang dia takut ialah
1. ikhwah / pakcik2 yang tak shave jambang

dah macam-macam ekperimen saya buat bersama ikhwah. ada ketika tutup lampu dan bagi dia pada ikhwah lain, tapi dia terus saja menangis.

image

Nampaknya ikhwah ada aura masing-masing. Saya selalu bergurau dengan mereka “Mutabaah amal tak cukup ni tanda ni!” sambil-sambil ingatkan mereka kepentingan menjaga amal fardhi. Mengarut-mengarut juga tapi selitkan nilai tarbiyah pada setiap bait kata dan tingkahlaku 🙂

image

nampaknya kitab ni dia tak dapat koyakkan sebab keras amat