Usah ditunggu hingga malam

Bersempena dengan Muharram ini, terpanggil saya untuk menulis tentang keutamaan melakukan amalan pada waktunya. Adapun saya tidak bercadang untuk mengupas tentang kelebihan puasa Asyura dan hukumnya sekian-sekian.

Ketika Saidina Abu Bakar hampir wafat, beliau meninggalkan pesan kepada pewarisnya Umar:

Ketahuilah bahawa ada amalan untuk Allah di masa siang yang Dia tidak menerima amalan itu di waktu malam. Dan ada amalan di waktu malam yang Dia tidak terima amalan itu di waktu siang

Seorang Muslim yang berjaya akan melakukan amal ibadatnya dengan mengambil kira tentang waktu. Malah, satu-satu amalan yang dilakukan itu biarlah dilakukan di waktu yang munasabah. Oleh sebab itu, Allah taala telah meletakkan waktu-waktu tertentu untuk beramal. Selain dari waktu tersebut, samada sebelum atau selepasnya, maka dikira tidak diterima oleh Allah Taala.

Solat yang dilakukan luar dari waktunya atas kelalaian dan berlengah-lengah, maka tidak diterima oleh Allah.

(إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ كِتَـٰبً۬ا مَّوۡقُوتً۬ا (١٠٣….

…Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya (Surah An-Nisa` : 103)

Begitu juga puasa bulan Ramadhan. Sengaja berniat tidak berpuasa penuh dan mahu menggantikannya di luar bulan Ramadhan maka tidak diterima oleh Allah taala.

(فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ  (١٨٥

….Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu (Surah Al-Baqarah : 185)

Dari garis panduan asas di atas, maka setiap orang Islam sewajarnya berlumba-lumba mencari kebaikan. Memilih masa yang terbaik untuk melakukan amal ibadat adalah satu usaha yang sangat digalakkan dalam Islam. Sebagai contoh, kita berpuasa pada hari Isnin dan pada hari itu juga kita didatangi oleh tetamu terutama yang jarang-jarang datang ke rumah. Jadi, untuk meraikan tetamu tersebut, Rasulullah menasihatkan kita untuk berhenti dari puasa sunat tersebut dan makan bersama tetamu seolah kita tidak berpuasa untuk mengelakkan tetamu dari berasa kekok makan mee goreng berseorangan.

Dalam seminggu pula, hari Jumaat adalah hari yang paling baik. Disunatkan kita dengan amalan tertentu dan difardhukan pula kepada kaum lelaki untuk bersolat Jumaat beramai-ramai bagi meraikan penghulu hari. Ada hadith yang meriwayatkan ada suatu waktu sepanjang hari Jumaat yang mustajab doanya jadi setiap orang Islam yang berdoa di dalam waktu tersebut akan dimakbulkan doanya.

Dalam setahun pula, antara hari yang terbaik untuk berpuasa ialah pada 9 hingga 11 Muharram. Bagi siapa yang berpuasa bersungguh-sungguh pada 10 Muharram, maka Allah telah janjikan pengampunan dosa-dosa kecilnya pada tahun lalu. Jadi, sebenarnya contoh yang saya tuliskan di atas adalah bagi menunjukkan keutamaan untuk beramal pada satu-satu waktu.

image

Sama juga aplikasinya dalam kehidupan harian. Bagi yang aktif dengan usrah, selarikan jadual belajar dan aktiviti tarbiyah yang lain kerana walaupun kejayaan akademik bukanlah segala-galanya tetapi Muslim hebat sangat dituntut menjaga kecemerlangan pekerjaannya. Program-program seperti daurah, perkhemahan, qiamullail harus diisi dalam jadual untuk dipenuhi keperluan tarbiyah.

Ketika pertengahan semester, menyiapkan tugasan projek yang banyak adalah prioriti. Jadi, selesaikan tugasan sebelum pergi ke satu-satu urusan ‘harus’ yang lain.

Masuk minggu peperiksaan pula, mengulangkaji pelajaran pula adalah kemestian dan lebih penting berbanding marathon drama atau movie.

Manakala, apabila situasi berjanji dengan orang walaupun penat ataupun sejuk, maka menjadi kemestian untuk kita tunaikan janji tersebut.

Bagaimana kalau ada rakan yang terlantar sakit di hospital dan minggu peperiksaan yang hectic? Susun jadual harian dengan sebaiknya supaya hak peperiksaan dan hak rakan yang sakit (hak seorang Muslim) dapat diselesaikan dengan baik.

Hakikatnya, seorang Muslim yang mahu sepanjang hidupnya diberkati Allah sewajarnya dia berusaha mengatur keutamaan jadual hidupnya sebagaimana yang telah disebutkan di atas. Orang yang tidak tahu menghargai peluang yang Allah bagi kepadanya, dia akan menyesal di akhirat nanti setelah tahu begitu bernilai masa jika dia beramal dengan amalan yang baik ketika itu. Seperti disebut dalam Al-Quran, manusia akan menyesal ketika di akhirat kerana sedikitnya amalan yang dilakukan sedangkan peluang yang ada sangatlah luas. Manusia akan berkata “Ya Tuhanku! Lanjutkanlah sedikit usiaku, supaya dapat aku bersedekah dan menjadi orang yang soleh” walaupun dia tahu ketika itu sudah terlambat.

Wallahualam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: