Isu DNA babi : Peluang Muhasabah Buat Para Daie

Ketika umat Islam sedang hangat dan sensitif imannya membincangkan halal haram tentang pemakanannya, perlu kita semak kembali unsur halal haram dalam aspek yang lain juga.

Saya melihat isu DNA babi dan respon umat Islam di Malaysia bukanlah disebabkan terlebih jiwa Melayunya yang alergik dengan babi tetapi disebabkan masih ada iman pada dirinya walaupun mungkin dia seorang yang jahil.

Sepertimana seorang Korea Muslim yang alergik dirinya di’associate’kan dengan arak kerana keadaan setempatnya begitu kuat minum arak siang malam pagi petang berbotol-botol, begitu juga pada umat islam yang hidup di Malaysia, sebuah NEGARA ISLAM.

“Hampir-hampir orang yang hidup dari kalangan kamu apabila melihat kemungkaran tidak berupaya untuk mencegahnya melainkan Allah SWT mengetahui apa yang ada di dalam hatinya bahawa dia amat benci kepada kemungkaran itu.”

Kata-kata Ibnu Mas’ud ( r.a ) ini menjadi indikator adanya iman dalam dada seorang Muslim yang membenci kemungkaran walaupun ada kekurangan pada amalnya.

Inilah peluang kepada para pendakwah mengenalpasti sasaran dakwahnya dan menyampaikan tasawwur (gambaran) Islam yang lebih menyeluruh kepada orang jahil tersebut. Sebagaimana kita berlemah-lembut dan berhikmah menyampaikan dakwah kepada orang kafir, kita harus sedar hakikat wujudnya orang Islam yang jahil Islam. Bimbinglah orang jahil itu dengan baik.  “Nahnu Duat La Qudat”. Kita adalah pendakwah, dan bukan penghukum.

image

Kalaupun memang mereka tidak sensitif dengan dosa-dosa lain, seperti hisap rokok, rasuah, pergaulan dan lain-lain, sekurang-kurangnya mereka sensitif dengan makanan haram yang masuk ke tubuh.

Sensitiviti umat Islam sebegini harus dihormati, dipuji dan ditambahbaik lagi.

DAEI & CONTOH TAULADANNYA

Halal Haram Keju
“Keju yang tertulis 100% 자연산치즈 tidak bermaksud ia bebas dari unsur haiwan”

Saya sentuh tentang keju kerana ini isu praktikal di luar negara yang tiada cop halal.

Mengambil sifat wara’ terutamanya oleh para ahli gerakan Islam adalah sangat diharapkan.

Saya petik fiqh dakwah yang ditulis oleh Syiekh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti dalam bukunya Fiqh Sirah, Jilid 2:

“Jika gerakan islam mula melonggar-longgarkan pegangan hukum (rukhsah), ketika itu orang umum akan mula mengambil yang lebih ringan dari itu.

Seorang daie perlulah mengambil jalan wara’ dan ‘azimah dalam urusan halal haram hidupnya”

Wallahualam

—–
Pautan lain:
1. Keju oh Keju http://www.ismakorea.net/2011/05/17/kejukejukeju/
2. Hukum berkenaan babi http://muis.org.my/2014/05/beberapa-hukum-berkenaan-babi/
3. Hukum samak mulut / perut https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10201789334527054&id=1592511071

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s