Is life just a game?

Setiap hari, kita perlu bertanya pada diri.

Who am I?
Where did I come from?
Why on earth I am doing here?
Where am I going?

image

Segala persoalan ini akan lebih dijiwai jika kita melihat pada kejadian manusia, keluasan alam, kehalusan haiwan dan tumbuhan.

Tidak mungkin segala kehebatan alam yang mempunyai batasan ini adalah tuhan bagi sekalian alam; umpama matahari yang gah dan panas akhirnya tenggelam bila tiba waktu petang, umpama manusia diangkat menjadi tuhan/jelmaan tuhan/anak tuhan akhirnya mati menjadi tanah di dalam kuburan.

Hanya manusia yang sombong dan ignorance yang akan mengenepikan kehebatan Sang Pencipta.

Allah menurunkan Islam sebagai cara hidup manusia dan Al-quran sebagai manualnya. Di dalamnya lengkap dengan jawapan kepada segala permasalahan dunia.

Mungkinkah manual yang lengkap ini mesti ditampal dengan panduan-panduan lain dari ideologi yang berbeza? Liberalisme, Pluralisme, Komunisme adalah idea ciptaan manusia, yang ada tahap batas umur dan fikirnya. Sifat manusia yang tidak tahu semua perkara lampau mahupun masa hadapan menyebabkan ideologi-ideologi ciptaan manusia tertolak walaupun ada nilai baik darinya.

Keyakinan pada Islam yang lengkap akan menyebabkan manusia berusaha menghidupkan sistem ini walaupun caranya susah, panjang, lambat, nampak seolah tidak berhasil ketika usia manusia, bahkan mendapat tentangan kekerasan manusia yang menolaknya.

Adakah Allah sengaja menurunkan Islam dan meminta manusia melengkapkannya dengan menampal padanya nilai-nilai ciptaan manusia?

Is life just a game?

rujukan: Haza deen (Inilah islam) – Syed Qutb

“Rumah terbakar!” jerit Apen.

“Rumah terbakar!! Rumah terbakar! Ada orang di dalam!!!” jerit Apen cuba meminta pertolongan dari orang kampung.

Pak Abu masih lagi memikirkan langkah buah damnya. Adam masih perlahan-lahan menghirup kopi o pekat. Leman pula masih bersembang kosong bersama Taib.

Apen tergamam.

“Akulah yang mesti memadamkan api!!” tekad Apen.
———–

image

Memerhati bukanlah bermaksud "Membantu"

Muhammad Ahmad Arrasyid mengumpamakan jasad umat seperti manusia yang sedang tidur nyenyak di dalam sebuah rumah yang sedang terbakar.

Manusia sekeliling yang peka dan sensitif pasti akan berusaha apa cara sekalipun untuk kejutkan atau selamatkan walau apa cara sekalipun untuk menyelamatkan jasad manusia di dalam.

Manusia yang sudah dicairkan sensitiviti jiwanya akibat larut dengan persekitaran akan terus tenggelam dengan hal-hal yang tidak menambahkan saham dia di hadapan Allah swt.

Soalan
1. Apakah yang akan jadi jika Apen turut larut dengan Pak Abu, Adam, Leman?

2. Kenapa Apen mesti tekad diri walaupun dia tahu mustahil untuk dia seorang diri menyelamatkan mangsa kebakaran tadi?

3. Api yang marak boleh dipadamkan  dengan kerjasama antara beberapa buah kereta bomba. Adakah api umat ini akan terpadam dengan hanya pengamalan peribadi saja?

Soalan bonus: adakah anda sudah selamatkan rakan serumah anda dari dibakar api pada Subuh tadi?

Bebas

“Tahniah ISMA UK-EIRE! video yang mantap!”

Buat adik-adikku, inilah apa yang aku rasakan selama hampir 7-8 tahun di negara orang. Dulu, aku tak pernah tahu kenapa aku ditakdirkan datang ke Korea. Tiada laungan azan dari corong speaker masjid memanggil kaki untuk melangkah ke rumahNya. Tiada kuliah mingguan yang disampaikan oleh ustaz-ustaz berwibawa. Tiada juga bazar Ramadan yang dirindui bau ayam perciknya.

Hakikatnya, kehidupan kita telah disusun segalanya untuk kita berusaha menjadikan diri ini hamba kepada Sang Pencipta. Persekitaran yang ganjil dari Islam itulah yang sepatutnya membakar jiwa kita. Jika hari ini jiwa aku kosong, maka akulah bertanggungjawab membaca alquran untuk mengisinya. Jika aku rasakan roh jihad aku kurang, akulah bertanggungjawab mengajak manusia sekelilingku untuk sama-sama mengabdikan diri pada Allah. Usahakan untuk adakan Usrah/smart circle/bulatan juang, kuliah maghrib, bacaan yasin (mungkin), ziarah sahabat yang sakit, seminar Ulum Syarak untuk hidupkan roh Islam dalam diri itu. Elakkan meletak bebanan mengenal Allah pada bahu orang lain tanpa kita mahu terlibat sama untuk bebas.

Aku bersyukur diberi peluang mengenal diri ini melalui jalanku mengenali Allah subhanahu wa taala dan aku berdoa semoga diri ini lekas keluar dari perhambaan dunia secara total. Supaya inilah jiwa yang suci dan diterima amal ibadahnya ketika berjumpa dengan Allah nanti.

Hari ini, kita dijaga ibubapa, esok ibubapa ataupun kita akan meninggalkannya.

Hari ini, kita berpenat lelah mencari rezeki, esok harta akan meninggalkan kita.

Maka, tiada yang abadi dan kekal bersama melainkan perhambaan kita kepada Sang Pencipta.

25:43

Saya bercop Muslim (i)

credit to MM Vectoristic

credit to MM Vectoristic

6 tahun dahulu, orang mengecop saya dan beberapa orang kawan sebagai ‘Budak-budak Paknab’, mungkin kerana ciri-ciri yang ada pada saya dan kawan-kawan tersebut. Cara berpakaian, aktiviti mingguan, cara sudut pandang pada sesuatu perkara, kebersamaan kami menghidupkan sesuatu dalam berkumpulan dll. Jadi, saya kira manusia pasti melihat ciri-ciri tertentu pada sesuatu perkumpulan ketika memilih untuk menyertainya.

Okay, ambil masa 2 minit.

Sila berdiri di hadapan cermin.
Lihat atas bawah.
Hujung rambut sampai hujung kaki.
Islam kah aku?

Cara pemakaiannya.
Cara tuturkatanya.
Cara mengurus masanya.
Cara berkawan dengan manusia.
Cara menunaikan ketaatan kepada Allah swt.

Sama segakkah bayangan di dalam cermin dengan cop kita sebagai Muslim?

Setiap agama; benar atau batil. Setiap pertubuhan; memberi kebaikan atau keburukan. Setiap parti; baik atau jahat. Kesemuanya mempunyai asas dan dasar pemikiran dan akidahnya yang menentukan visi dan misinya, menjadi pegangan kepada ahlinya. Begitu juga seorang Muslim ketika mahu dicop sebagai seorang Muslim.

Sesiapa yang mahu mendokong salah satu daripada kumpulan tersebut, perkara pertama yang mesti dilihat ialah dasar-dasarnya. Jika dia bersetuju dan meyakini bahawa dasar tersebut adalah betul, diterima dengan fikirannya yang rasional tanpa ragu-ragu, barulah dia akan memohon untuk menjadi ahli kumpulan tersebut. Dia mula menjadi ahli dan pendokongnya. Bukan ahli kuat makan, nampak muka ketika makan-makan. Dia juga akan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan. Yuran juga mesti dikeluarkan. Sebulan 10,000 won. Tindakanya tidak boleh bercanggah dengan dasar-dasar pertubuhan. Malah, akhlak dan tingkahlakunya hendaklah melambangkan contoh yang baik dan boleh menarik orang lain untuk menyertai persatuan tersebut.

Okay, ambil masa 2 minit lagi.

Kalau seorang yang asing datang menemui anda kerana anda telah dicop sebagai Muslim, dan menyatakan mahu memahami Islam, tetapi dia hanya ada masa sejam sahaja. Bagaimana anda mahu menerangkan kepadanya tentang Islam dalam tempoh sejam?

Soalan ini sekaligus menguji  cop Muslim pada diri anda.

Jawapan boleh ditinggalkan di bawah.. atau boleh tunggu saya jawab dalam post seterusnya~