Saya rasa manusia ada ‘bau’

image

Perangai Balqis yang saya perasan ialah dia sangat senang dengan
1. akhawat/makcik2 dia
2. kanak-kanak especially yang sedang bermain.

yang dia takut ialah
1. ikhwah / pakcik2 yang tak shave jambang

dah macam-macam ekperimen saya buat bersama ikhwah. ada ketika tutup lampu dan bagi dia pada ikhwah lain, tapi dia terus saja menangis.

image

Nampaknya ikhwah ada aura masing-masing. Saya selalu bergurau dengan mereka “Mutabaah amal tak cukup ni tanda ni!” sambil-sambil ingatkan mereka kepentingan menjaga amal fardhi. Mengarut-mengarut juga tapi selitkan nilai tarbiyah pada setiap bait kata dan tingkahlaku 🙂

image

nampaknya kitab ni dia tak dapat koyakkan sebab keras amat

Advertisements

Tiupkan Islam padanya

image

Rabbij’alni muqima assolati wa min zurriati
“Ya Allah, jadikan aku dan zuriatku mendirikan solat”

‘Mendirikan solat’ bermaksud mendirikan keseluruhan seruan dalam Islam. Islam bukan hanya tertegak dalam pengamalan peribadinya sahaja, tetapi luas menjangkau ufuk masyarakat.

Mengambil ibrah Nabi Ibrahim yang berdoa selepas baginda berusaha mentarbiyah anaknya dengan didikan terbaik.

Doa ibubapa yang paling mustajab.

Sambil-sambil merancang tarbiyah anak buah usrah, jangan lupa sembang juga dengan anak-anak tentang perjuangan memartabatkan Islam. Kita mahu bila besar dia mewarisi perjuangan dengan kefahaman yang baik.

Nampak saja tak pandai berbahasa tapi sebenarnya umur ini, si anak ‘menyerap’ qudwah dari ibu dan ayahnya.

41 weeks and prayers

image

Isteri sudah overdue. Hari ini officially 41 minggu, bermaksud sudah lebih 7 hari dari tarikh jangkaan. Kami jangkakan 5 Mei, tarikh orang buang undi, rupanya belum rezeki lagi.

Ramai kawan, staf pejabat, junior senior bertanya hinggakan ada yang ucap tahniah kerana disangka sudah bersalin. Saya hanya menjawab belum dan minta doakan kesejahteraan keduanya, bayi dan juga si ibu.

Sepanjang isteri saya mengandung, macam-macam perkara kami alami. Trimester pertama, saya pernah muntah bagai orang mengandung, sampai lemah-lemah badan dan isteri saya rileks saja seolah-olah dia tak mengandung. Agaknya sebab pernah berdoa minta saya dapat rasai bagaimana perempuan mengandung, yang pasti saya tak nak lagi rasa. Serik! Dari sudut rezeki pula, saya sudah saksikan kebenarannya. Rezeki murah, mudah dan tak terfikir dek akal dari mana datangnya.

Trimester akhir, macam-macam orang rekomen supaya mudahkan bersalin. Air selusuh, minum air kelapa, minyak selusuh yang dibawa mak mertua, dan exercise intensively berbanding sebelumnya.  Minggu lepas, kami berjalan merentasi Yoeido, kemudian berjalan lagi merentasi Mapo Bridge. Akhir sekali, petangnya saya yang mengadu sakit kaki dan lenguh sana-sini! Isteri saya? Dia seperti biasa. Rileks saja.

image

Satay yang isteri saya idamkan dah dapat di Hi Seoul minggu lepas tapi masih juga tidak bersalin. Bayi nampak gembira dan selesa di dalam rahim ibunya. Kami hanya mampu berusaha dan berdoa. Yang lain, serahkan pada Sang Pencipta.

Orang tua-tua kata bersalin umpama kematian. Pasti datang. Pasti sakit. Bila? Wallahualam. Caranya? Juga wallahualam. Kita usaha dan doa semoga bersalin (kematian) datang dengan cara yang paling baik. Juga, muhasabah buat suami dan isteri supaya banyakkan amal, berdoa dan taubat supaya mudah urusan dan selamat semuanya. Amin.

InsyaAllah selepas kelahiran, mungkin saya boleh celoteh pula pasal kelahiran baru.