Perang Dedaun Hancur (D-22)

Catatan untuk simpanan. Semoga menjadi pembangkit semangat Al Qassam di masa hadapan.

Sebahagian kisah di medan perang diceritakan oleh sebahagian para pejuang Palestin ketika bertempur di barisan hadapan selama 22 hari pertempuran darat.

image

Kisah Komando 1
Skuad khas komando Briged Izzuddin Al-Qassam ketika ditugaskan menyerang tentera penjajah Israel di pinggir Bandar Gaza, mereka menunggu masa untuk menyerang di dalam sebuah lubang, namun pintu lubang tersebut dijadikan tempat parking segerombolan kereta kebal tentera penjajah Israel(tanpa mereka sedari kewujudan pejuang di bawahnya). 4 orang komando yang terperangka berpuasa selama 10 hari tanpa minuman dan makanan serta bertahan menunggu kereta kebal tersebut beredar supaya mereka dapat keluar, akhirnya mereka berjaya keluar selepas hari yang ke 10.

Kisah Komando 2
Ketua skuad komando mengarahkan seorang ahlinya yang keletihan supaya berundur dan mencari ganti namun ditolak seraya berkata “aku tidak akan berundur kecuali aku dapat membunuh 2 orang tentera penceroboh(Israel) atau aku akan pulang setelah syahid..”

Kisah Komando 3
Seorang komando Al-Qassam menceritakan ketika dia melihat gelagat tentera penjajah Israel di hadapan barisan perang medan pertempuran yang berlari sambil menjerit selepas sebuah peranti meletup berdekatannya sedang dia mampu membalas dengan segala kelengkapan perang canggih yang dia miliki serta kereta kebal yang mereka berlindung “Sesungguhnya aku tidak sangka mereka pengecut hingga ke tahap ini..!?”

Kisah Komando 4
Aku melihat daya juang rakan-rakanku para pejuang sangat kuat dan jitu, setiap daripada mereka berlumba dan bersaing untuk dipilih melakukan misi di barisan hadapan, aku sendiri berjaya membunuh 2 orang tentera Israel dalam satu pertempuran yang tidak lebih daripada 10 meter. Aku juga diceritakan oleh rakan komando ku di sebelah kawasan yang sama bahawa mereka berjaya meletupkan sebuah pasukan tentera Israel yang duduk berhimpit di dinding sebuah rumah, kami berjaya meletupkan mereka dengan sebuah peranti letupan menyebabkan sebahagian badan mereka hancur berkecai dan menunggu lebih dari beberapa jam untuk tentera lain datang menyelamatkan mereka. Itu pun selepas seluruh kawasan berdekatan dibom sehancur-hancurnya.

Aku sifatkan mereka adalah tentera yang tidak mahu berperang, bayangkan seorang tentera mereka yang sedang bersembunyi di sebalik dinding terus meniarap selepas mendengar bunyi tingkap rumah yang tertutup kemudian melepaskan tembakan seperti orang gila, sehinggalah dia menyedari bahawa tingkap tersebut bergerak disebabkan angin.
image

Kisah Komando 5
Di dalam satu misi kami untuk menyerang dari barisan belakang musuh, kami mensasarkan 2 buah kereta perisai yang dipenuhi tentera mereka, kemudian kami menyerang 1 daripadanya dengan semua yang ada di dalamnya, perkara yang sangat pelik bila tentera di dalam kereta perisai di hadapan tidak mahu turun menyelamatkan rakannya di belakang walaupun pintu kereta mereka sudah terbuka. Jarak antara kedua buah jentera tersebut adalah 20 meter.

Selepas kami menyelesaikan kereta perisai tersebut serta semua yang berada di dalamnya, kami segera ke arah sebuah kereta lagi, ketika jarak menjadi sangat dekat ketua pasukan tersebut keluar dalam keadaan yang sangat pelik sambil membawa senjata tetapi seakan menggeletar untuk menekan picu senjatanya, lagi-lagi selepas mendengar laungan takbir kami. Kami pun tidak mengambil masa yang lama terus menembak dan membunuh mereka di lokasi tersebut.

Kisah Komando 6
Dalam satu pertempuran ketika pasukan kami mengambil bahagian dalam satu serangan hendap yang mengorbankan 8 tentera Israel di daerah Hayyu Tuffah beberapa hari lalu, kami mengintip mereka dari jarak 700 m sambil bergerak ke arah mereka, selepas jarak menjadi semakin dekat kurang daripada 1 meter kami menghujani mereka dengan peluru dan bom RPG secara mengejut.
image

Ketika itu aku melihat salah seorang daripada mereka melompat dan melarikan diri sambil menjerit: “Tuhan, Tuhan, mama, mama!”
Setelah selesai misi tersebut kami segera cepat meninggalkan tempat tersebut mengikut arahan bilik taklimat.

Ini adalah sebahagian cerita para pejuang yang bertempur di barisan hadapan peperangan, dan sehingga kini statistik di dalam nota pejuang mengesahkan sebanyak 91 tentera penjajah yang berjaya dibunuh di dalam pertempuran di pinggir Gaza, walaupun Yahudi hanya mengiktiraf separuh daripadanya. Itu tidak termasuk tentera dan askar mereka di dalam jentera yang dibom oleh para pejuang(kerana tidak dipastikan sama ada terkorban atau cedera)

Doakan kemenangan para pejuang Palestin.

Gaza 2:27 PM
Perang Hari ke-22

Sumber;
iaanews

‪#‎weareallqassam‬
‪#‎gazaunderattack‬
‪#‎dedaunhancur‬
‫#‏البنيان_المرصوص‬
‫#‏غزة_تقاوم‬

Advertisements

Benarlah! Tamarod mengajar kita.

1. So Tamarod, which betrayed the Egyptian people by supporting a military coup to overthrow a democratically elected government and backed the installation of a dictator who makes Mubarak look mild, doesn’t like betrayal…?

Uh huh…they have a short memory.

2. Tamarod! Nobody saw that coming ?

Amat penting buat Islamis di Malaysia untuk membangunkan Islam dengan cara kita. Bukannya tempelan, kerana Mesir memberi pengajaran besar buat Umat ini bahawa agenda selain Islam tidak sama sekali akan redha dengan selain darinya.

Kenapa perlu bersama dengan puak Sekular, Liberal dan Evangelist sedangkan Umat Islam punya kekuatan sendiri? Adakah Islamis sudah melupakan isi kandungan dari daurah Ghazwatul Fikri ?

Benarlah! Tamarod mengajar kita.
http://brat-mikrajovic.blogspot.com/2013/06/tamarod-mengajar-kita.html?m=1

Isu DNA babi : Peluang Muhasabah Buat Para Daie

Ketika umat Islam sedang hangat dan sensitif imannya membincangkan halal haram tentang pemakanannya, perlu kita semak kembali unsur halal haram dalam aspek yang lain juga.

Saya melihat isu DNA babi dan respon umat Islam di Malaysia bukanlah disebabkan terlebih jiwa Melayunya yang alergik dengan babi tetapi disebabkan masih ada iman pada dirinya walaupun mungkin dia seorang yang jahil.

Continue reading

Nilai dan Peranan Naqib (Siri 3)

PETUNJUK SEPANJANG JALAN

Peranan Kedua : Ta’lif

Fungsi dan tugas kedua Murobbi atau Naqib ialah ‘ta’lif’ (menyatukan jiwa-jiwa).Kerja dakwah tidak akan berjaya tanpa wujud kesatuan hati antara ahli-ahlinya. Ini kerana manusia mempunyai kepelbagaian karektor, watak, latar belakang dan citarasa yang berbeza. Tugas utama para murobbi ialah memadu dan menyatu jiwa – jiwa ini sehingga membentuk zumrah al-qalb al-wahib (himpunan satu hati) sebagaimana kata Syeikh Muhammad Ar-Rasyid.

Para murobbi hendaklah merapatkan jurang perbezaan dan kepelbagaian anggotanya sehingga menemukan titik persamaan, kesatuan hati dan pemikiran. Kesemuannya ini tidak mungkin terhasil melainkan segala maani taaruf, tafahum dan takaful berjaya direalisasikan di dalam pelaksanaan usrah.

Keserasian ini terbina melalui kesatuan kefahaman dan keyakinan, kesatuan dalam memahami fikrah Islam. Begitu juga dalam soal dakwah dan tarbiyyah, di mana setiap ahli memiliki kefahaman yang satu terhadap asas-asas, prinsip-prinsip dakwah,tarbiyyah dan jamaah yang digariskan. Usaha memupuk perkara ini memerlukan kepada tempoh masa menerusi proses tarbiyah dan taklim yang berterusan.

Proses…

View original post 502 more words

Kerana itu adanya pepatah “Bapa borek, Anak rintik”

*applicable juga untuk bujang-bujang senang 🙂

1. Dalam usrah kami minggu ini, ada satu sentuhan yang nyata meresap ke hati.

Minggu ini, saya gagal laksanakan mutabaah hafazan yang diminta oleh naqib kami. Sedar hakikat yang untuk menjadi seorang Akh, hafazan dalil naqli adalah sangat penting. Lebih memahami dan dekat di hati. Malu dengan diri sendiri.

image

budak demam nak tumbuh gigi

Namun naqib saya tidak marah sebaliknya menegur dengan cara memberikan motivasi dan penyelesaian kepada masalah tersebut.

2. Lazimi hafazan bersama pasangan hidup. Tunjukkan yang kita lakukan persediaan usrah (membaca, menghafal ayat quran atau hadith, membuat nota kaki etc) di hadapan anak-anak. Jika tidak, anak-anak hanya nampak kita sibuk keluar masuk rumah untuk berprogram tetapi mereka tidak memahami apa sebenarnya yang kita lakukan. Dia akan nampak kita asyik sibuk keluar masuk rumah.

3. Bahasa badan sudah semestinya berbeza dengan bahasa mulut.
Anak-anak melihat perbuatan kita sehari-harian.

Sekiranya kita pulang dari kerja, dan tersadai di kerusi malas sambil menonton TV atau akhbar, maka tidak hairan satu hari kita pulang ke rumah dan melihat anak-anak tersadai malas di hadapan TV juga.

Namun, kita dapat mendidik anak-anak jauh lebih dari itu. Pulang dari kerja, bantu isteri di dapur atau main dengan anak, kemudian usai solat maghrib, ajar isteri membaca alquran atau lakukan  hafazan bersama. Anak-anak pasti akan ‘menyibuk’ sama.

image

4. Kemahuan ramai ibubapa ialah melihat anaknya menghafal quran, membaca hadith, anaknya menceritakan kisah-kisah Alquran seharusnya sama besar kemahuan itu pada diri ibubapa itu sendiri.

5. Bagi yang bujang, biasakan diri dengan budaya-budaya begini untuk diri sendiri atau bersama dengan teman usrah. Esok-esok senang kalau dah kahwin, cuma teruskan saja budaya baik begini.

“Takkan kamu nak baca qulhuwallah je dalam solat walaupun dah 20 tahun kahwin!” – pedas juga sindiran seorang teman saya dulu.

InsyaAllah, bermula dengan diri sendiri, orang sekeliling pasti akan berubah.