Is life just a game?

Setiap hari, kita perlu bertanya pada diri.

Who am I?
Where did I come from?
Why on earth I am doing here?
Where am I going?

image

Segala persoalan ini akan lebih dijiwai jika kita melihat pada kejadian manusia, keluasan alam, kehalusan haiwan dan tumbuhan.

Tidak mungkin segala kehebatan alam yang mempunyai batasan ini adalah tuhan bagi sekalian alam; umpama matahari yang gah dan panas akhirnya tenggelam bila tiba waktu petang, umpama manusia diangkat menjadi tuhan/jelmaan tuhan/anak tuhan akhirnya mati menjadi tanah di dalam kuburan.

Hanya manusia yang sombong dan ignorance yang akan mengenepikan kehebatan Sang Pencipta.

Allah menurunkan Islam sebagai cara hidup manusia dan Al-quran sebagai manualnya. Di dalamnya lengkap dengan jawapan kepada segala permasalahan dunia.

Mungkinkah manual yang lengkap ini mesti ditampal dengan panduan-panduan lain dari ideologi yang berbeza? Liberalisme, Pluralisme, Komunisme adalah idea ciptaan manusia, yang ada tahap batas umur dan fikirnya. Sifat manusia yang tidak tahu semua perkara lampau mahupun masa hadapan menyebabkan ideologi-ideologi ciptaan manusia tertolak walaupun ada nilai baik darinya.

Keyakinan pada Islam yang lengkap akan menyebabkan manusia berusaha menghidupkan sistem ini walaupun caranya susah, panjang, lambat, nampak seolah tidak berhasil ketika usia manusia, bahkan mendapat tentangan kekerasan manusia yang menolaknya.

Adakah Allah sengaja menurunkan Islam dan meminta manusia melengkapkannya dengan menampal padanya nilai-nilai ciptaan manusia?

Is life just a game?

rujukan: Haza deen (Inilah islam) – Syed Qutb

Advertisements

Bebas

“Tahniah ISMA UK-EIRE! video yang mantap!”

Buat adik-adikku, inilah apa yang aku rasakan selama hampir 7-8 tahun di negara orang. Dulu, aku tak pernah tahu kenapa aku ditakdirkan datang ke Korea. Tiada laungan azan dari corong speaker masjid memanggil kaki untuk melangkah ke rumahNya. Tiada kuliah mingguan yang disampaikan oleh ustaz-ustaz berwibawa. Tiada juga bazar Ramadan yang dirindui bau ayam perciknya.

Hakikatnya, kehidupan kita telah disusun segalanya untuk kita berusaha menjadikan diri ini hamba kepada Sang Pencipta. Persekitaran yang ganjil dari Islam itulah yang sepatutnya membakar jiwa kita. Jika hari ini jiwa aku kosong, maka akulah bertanggungjawab membaca alquran untuk mengisinya. Jika aku rasakan roh jihad aku kurang, akulah bertanggungjawab mengajak manusia sekelilingku untuk sama-sama mengabdikan diri pada Allah. Usahakan untuk adakan Usrah/smart circle/bulatan juang, kuliah maghrib, bacaan yasin (mungkin), ziarah sahabat yang sakit, seminar Ulum Syarak untuk hidupkan roh Islam dalam diri itu. Elakkan meletak bebanan mengenal Allah pada bahu orang lain tanpa kita mahu terlibat sama untuk bebas.

Aku bersyukur diberi peluang mengenal diri ini melalui jalanku mengenali Allah subhanahu wa taala dan aku berdoa semoga diri ini lekas keluar dari perhambaan dunia secara total. Supaya inilah jiwa yang suci dan diterima amal ibadahnya ketika berjumpa dengan Allah nanti.

Hari ini, kita dijaga ibubapa, esok ibubapa ataupun kita akan meninggalkannya.

Hari ini, kita berpenat lelah mencari rezeki, esok harta akan meninggalkan kita.

Maka, tiada yang abadi dan kekal bersama melainkan perhambaan kita kepada Sang Pencipta.

25:43